Wednesday, February 23, 2011

Tasik Chenderoh dalam kenangan(e-pjj sem 4 2011)

Pada kali ini digabungkan Amali Perkhemahan Asas dan Amali Perkhemahan Akhir,menarik juga perkhemahan kali ini,kami pelajar e-pjj seramai 8 orang sampai di Tanjung Harapan,Tasik Chenderoh,Perak pada hari selasa 1.2.2011 jam 12 tgh hari.

Hari pertama sampai kami menjangkakan dapat menghilangkan penat lelah....tapi sangkaan kami meleset ,kami terus diberikan aktiviti yang pertama sebaik sampai di tapak perkhemahan.Cuaca hari pertama agak panas,kami diberi tugasan yang pertama....water confident. Rupanya ada beberapa dari kawan-kawan tidak berapa confident bila masuk air...walaupun nampak tererrr..hehehe.Lama juga kena rendam dalam air,dan selepas direndam beberapa jam,tak disangka-sangka....kena buat survivor...aduhhh.....memang tak bersedia tapi apa boleh buat kena kuatkan semangat walaupun penat di hari pertama.Habis saja survivor...di hari kedua tugasan seterusnya orintering....tak sempat nak rasa masakan pertama yang dimasak sendiri oleh chef yang di datangkan khas dari kuala-lumpur...chef Ain dan chef Yanto.Malam hari kedua baru dapat rasa masakan chef-chef kami...memang sedap...terima kasih chef.Walaupun chef-chef kami terpaksa kongsi dapur dengan pelajar digree.

Hari ketiga adalah hari yang mencabar mental dan fizikal...pagi dimulakan dengan kayak memang mencabar diberi tugasan berpandukan pada peta yang diberi pada kami,walaupun roy dan syed beselisih pendapat tapi kami berjaya habiskan tugasan yang diberi dalam keadaan panas terik mentari....penat tapi seronok petama kali bekayak.Penat bekayak tak hilang petang tu kami kena buat tracking mendaki Puncak Mandi Angin yang terletak berhampiran Gunung Biong(1218 meter) memang mencabar sebab dah lama tak panjat gunung....satu badan sakit.Semasa mendaki Izuan yang ada asma membuat kawan-kawan suma suspen je...tapi dengan bantuan dan semangat dari kengkawan izuan bejaya juga sampai di puncak(dengan beg yang dibawa melebihi berat badan sendiri).Bila nak turun balik cepat sungguh sampai di bawah.....syabas kengkawan.Sampai di khemah macam-macam perangai ada...sebab dah terlalu penat...nak makan pun tak ada selera.....penat gila beb nasib suma tak jadi gila....hahaha....

Hari keempat sebelum balik acara terakhir kami diberi peluang mencuba berbasikal melaui trek-trek yang mencabar seronok dapat bawak basikal...kami diberi taklimat oleh 2 abang-abang digree(nama dah lupa la...)dia orang memang sporting....dapat jugak ilmu tantang basikal sikit sebanyak(dan ilmu tambahan buat tali) sebab sebelum balik kena buat test knoting....jadi tanya la orang yang berpengalaman.

Akhirnya kami berjaya menghabiskan aktiviti-aktivi semasa di sana tanpa ada sebarang masalah dan perkara yang tak di ingini berlaku.Yang paling best dapat bawak balik KUTU BABI.....(sakit wooooo......)Terima kasih pada En.Hisyam(sifu kami).fasilitator yang banyak beri tunjuk ajar pada kami,kawan-kawan dari full time(diploma),kawan-kawan digree dan kawan-kawan e-pjj semua anda memang sportingggg........moga Allah melindungi anda semua....amin

No comments: